Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Tayangan Video Adokasi (E-Waste dan Siber Grooming)
16 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2017 yang lepas, seramai 13 orang murid telah menghadiri taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan tayangan dari video Advokasi yang telah diadakan di Pusat Internet Jerijeh. Program Klik Dengan Bijak disertakan dalam taklimat yang diadakan bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini.
Tayangan video Advokasi yang disertakan adalah berjudul E-waste dan juga Siber Grooming. E-waste adalah bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga alam sekitar termasuklah cara untuk membuang sisa elektronik. Kemudian Siber grooming pula memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaynya berkenalan melalui internet dan media sosial terutamanya kepada pelajar bawah umur. Pendedahan tersebut diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap bahaya teknologi pada masa kini. Mereka juga turut diingatkan supaya berhati-hati memberikan maklumat peribadi mereka ke laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: